fb fb fb fb fb

Projek di bawah RMK13 dipantau berkala, elak kelewatan

Ketua Setiausaha Negara, Tan sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri), menjawab pertanyaan media pada Program Larian MAPPA XX Tahun 2025 - Wilayah Putrajaya di Dataran Putrajaya, hari ini/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 2 Ogos - Pemantauan terhadap Sistem Pemantauan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dilaksana secara berkala dan lebih teliti.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pemantauan itu akan dibuat bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

"Selain pemantauan, kita juga ada akta pelaporan berkala. Jadi, kali ini kita akan memastikan perjalanannya seperti yang dirancang kerana melibatkan tempoh yang panjang," kata beliau.

Mengulas lanjut, Tan Sri Shamsul Azri menggesa setiap kementerian untuk melaksana projek yang diluluskan di bawah RMK13 dengan segera.

"Semua projek yang diluluskan harus dilaksana segera. Bila berlaku kelewatan ia akan menghampakan rakyat. Tujuan kita berkhidmat untuk rakyat adalah untuk menggembirakan mereka. Jadi kena jalankan pembangunansegera dan tidak boleh berlengah lagi.

"Insya-Allah, saya sendiri akan memantau secara rapi dan berkala pelaksanaan RMK13. Saya juga akan buat lawatan mengejut ke tapak projek," katanya ketika ditemui selepas acara pelepasan peserta Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) 2025 di Dataran Putrajaya.

Sementara itu, Tan Sri Shamsul Azri merakamkan penghargaan kepada kira-kira 12,000 peserta yang menjayakan Larian tersebut, hari ini.

“Rakyat sihat, negara makmur. Jom aktif dan bersukan,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI