KLANG, 19 April-Kerajaan akan memperluaskan bantuan Aidilfitri kepada tiga sukarelawan iaitu pasukan rejiman askar wataniah (Wataniah), Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (PSAT) dan pasukan Sukarelawan Penguatkuasaan Maritim Malaysia Maritim (PSMM).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memgumumkan perkara itu selepas terdapat permohonan daripada tiga kumpulan terbabit.
Katanya elaun berkenaan akan dimasukan di bawah kategori bantuan khas kewangan Aidilfitri Sukarelawan.
"Elaun untuk sukarelawan saya dimaklumkan ada permohonan ada yang tidak masuk satu wataniah, kedua angkatan tentera, ketiga Maritim. Ketiga-tiganya dibawah bantuan Aidilfitri", katanya elepas melakukan lawatan pada Program Santunan Ramadan Malaysia Madani di Bazar ramadan PKNS Shah Alam.
Sementara itu menurut Kementerian Kewangan, seramai 26,000 akan terbabit dalam bantuan khas Aidilfitri itu dengan peruntukan RM7.8 juta dari kerajaan.
Pada 29 Mac lalu, beliau dilaporkan berkata lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.
Bantuan kali pertama yang diberikan itu menyaksikan setiap anggota akan mendapat bantuan tunai RM300.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto RTM)