fb fb fb fb fb

Rakyat beri respons positif pengecualian bayaran tol selama empat hari

SEREMBAN, 19 April- Pengumuman khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan Tol Rahmah dengan pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna lebuhraya menerima respons positif daripada masyarakat.

Pengecualian bayaran tol sempena perayaan Aidilftri bagi semua jenis kenderaan yang menggunakan lebuh raya pada tarikh 19 hingga 21 dan 24 April dijangka dapat memanfaatkan semua pengguna yang ingin pulang ke kampung.

Sebanyak 33 lebuhraya di seluruh negara yang terlibat dalam inisiatif itu.

Rata-rata orang ramai yang ditemui menyatakan kelegaan dengan inisiatif kerajaan itu kerana dapat meringankan beban rakyat ketika musim perayaan.

Seorang penjawat awam Azlan Hamzah yang ditemui pemberita, "alhamdulillah, saya sebagai rakyat Malaysia amat bersyukur dengan Tol Rahmah yang dilaksanakan. Bagi anak-anak yang berada di luar bandar,boleh pulang ke kampung dan sekarang seperti yang kita sedia maklum sebelum ini pun, banyak yang tidak dapat pulang disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP). Tol Rahmah untuk empat hari ini makna dia memang baik sekali."

Bagi Nor Amira Faryna Abdul Kadir, "terima kasih kepada Perdana Menteri. Saya bersyukur sebab saya antara pengguna yang menggunakan lebuhraya. Jadi, dalam tempoh yang diumumkan itu memberikan peluang yang baik kepada saya."

(Foto hiasan)

Media Baharu