fb fb fb fb fb

'Tiga Suara Di Mana' terus bertemu pendengar di seluruh negara

DJ Sonic, DJ Dyya dan DJ Nazrie bertemu dengan pendengar di Pasar Tani Stadium Shah Alam

SHAH ALAM, 25 Mei- Nasional FM meneruskan komitmen sekali gus membolehkan pihak stesen itu berinteraksi secara lebih rapat serta mesra dengan pendengar.

Menurut Pengurus Nasional FM, Salbiah Mohd Sharif, program 'Tiga Suara Di Mana' kali ini memilih Pasar Tani Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini untuk bersiaran secara langsung.

"Ini merupakan kali yang keempat kita turun padang untuk tahun ini tetapi untuk pertama kali di Pasar Tani Shah Alam dan ini merupakan satu peluang yang baik untuk kita mendekati secara golongan pelbagai lapisan.

"Pasar tani merupakan satu tempat untuk menyatukan semua golongan dan di sini kita lebih memahami antara satu dengan lain lebih mesra. Di sini kita boleh nampak betapa harmoninya kita di Malaysia ini," katanya.

Salbiah turut menjelaskan bahawa program itu akan bersiaran selama empat jam dari pelbagai lokasi di seluruh negara.

Program dengan kerjasama strategik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kali ini juga ruang untuk bertemu golongan peniaga dan pengunjung di pasar tani.

"Untuk program 'Tiga Suara Di Mana' ini merupakan kali ketiga. Insya-Allah dengan kolaborasi ini akan memberikan konsep menang-menang," katanya.

Dalam pada itu menurut Pengerusi Pasar Tani Stadium Shah Alam Abd Latif Md Ali, program berkenaan dilihat membuka ruang kepada usahawan dan peniaga di pasar tani untuk memperoleh jaringan baharu dengan pembeli dan pengunjung.

"Apabila ada program dari Nasionalfm di sini saya rasa bangga apabila ia setidak-tidaknya boleh membuka peluang kepada usahawan dan peniaga membina rangkaian, pelanggan baharu dan meningkatkan pendapatan," katanya

Program ‘Tiga Suara Di Mana’ diterajui tiga penyampai utama Nasional FM iaitu DJ Dyya, DJ Sonic dan DJ Nazrie.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI