fb fb fb fb fb

Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

KUCHING, 19 Mei- Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Gersik musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Latif Iring dalam kejadian sekitar pukul 1.50 pagi itu, pihaknya telah menggerakkan sebuah jentera pemadam dengan kekuatan 20 anggota dengan bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Padungan.

Latif Iring memberitahu, dua daripada penghuni rumah terbabit sempat menyelamatkan diri semasa kejadian dengan melompat keluar.

Ketika dihubungi pemberita, beliau menjelaskan pihaknya telah berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit.

Tindakan pantas itu telah berupaya mengawal kebakaran dari merebak ke empat lagi rumah berdekatan.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat.

(Kebakaran di Kampung Gersik)

Media Baharu