fb fb fb fb fb

Tiga rumah teres, sebuah kereta musnah terbakar

KUCHING, 20 Mac - Dua buah rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran manakala sebuah rumah hanya terbakar 45 peratus di Lorong 3, Taman Suria Jaya di sini awal pagi Ahad.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.06 pagi dan segera menggerakkan sembilan anggota dan aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya serta enam anggota dan sebuah jentera dari BPP Padungan ke lokasi kejadian.

"Dalam insiden ini, seramai tujuh penghuni hilang tempat tinggal dan turut memusnahkan sebuah kenderaan yang diparkir di luar rumah tersebut," katanya.

(sebuah kenderaan turut musnah terbakar diparkir di luar rumah/FOTO Bomba)

Tambahnya, pasukan bomba berjaya memadam api kebakaran sepenuhnya kira-kira pukul 7.05 minit pagi.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres struktur kekal, berukuran anggaran 20x40 kaki persegi yang telah terbakar 100 peratus, manakala sebuah rumah hanya terbakar 45 peratus.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak,” tambahnya.

Media Baharu