fb fb fb fb fb

Bantuan kepada pelarian Syria perlu diteruskan

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Hampir 13.5 juta penduduk Syria menjadi pelarian sejak 11 tahun yang lalu susulan konflik kemanusiaan serta pergolakan yang berlaku di negara tersebut.

Sehubungan itu, misi kemanusiaan global perlu diteruskan dalam usaha menghulurkan bantuan kewangan dan sumbangan bagi memastikan kelangsungan hidup umat islam Syria.

Saranan tersebut disuarakan Ketua Pegawai Informasi Syria Care, Rizal Ali.

(Rizal membicarakan perkara itu dalam Program Selamat Pagi Malaysia)

"Apabila menjadi pelarian, (mereka) dan menyelamatkan diri daripada kancah peperangan. Menyebabkan mereka kehilangan satu perkara yang sangat besar. 6 juta orang duduk dalam khemah selama 11 tahun ini tiada tombol pintu. Mereka duduk di kawasan perkhemahan, masalah sosial, pendidikan, kelangsungan jaminan makanan, tumbesaran, trauma peperangan dan memerlukan bantuan khusus dari segi pergerakan, kehilangan anggota badan," kata Rizal di sini.

Rizal memaklumkan tanggungjawab global boleh dilakukan antara lain dengan menyebarkan maklumat mengenai bencana kemanusiaan dan menyantuni warga Syria terutama dalam perjalanan menyambut Ramadan.

Bulan Mac ini menyaksikan genap 11 tahun Syria mengalami pergolakan dan penindasan susulan reformasi yang berlaku pada Mac 2011.


Media Baharu