fb fb fb fb fb

Tiga prinsip dan lima tonggak digariskan Panglima Tentera Darat jadi panduan anggota tentera

KOTA SAMARAHAN, 2 April- Anggota tentera diingatkan agar sentiasa menjadikan tiga prinsip dan lima tonggak yang digariskan oleh Panglima Tentera Darat ke-28, sebagai panduanbagi mengekalkan kecemerlangan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat PMTTDdalam memainkan peranan sebagai benteng utama pertahanan di Sarawak dan Sabah.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato Mardzuki Muhammad berkata ini kerana tiga prinsip dam lima tonggak terbabit
merupakan wadah terbaik oleh semua warga dalam usaha memperkasa ketumbukan PMTTD.

Jelas Leftenan Jeneral Dato Mardzuki tiga prinsip yang digariskan oleh Panglima Tentera Darat Ke-28 Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zamrose Mohd Zain
ialah laksanakan apa yang harus dilakukan, lakukan apa yang dikatakan akan dilaksanakan dan laksanakan perkara yang betul.

Manakala lima tonggak yang digariskan ialah kelangsungan misi dan kesiagaan, memperkasakan keutuhan organisasi, pelestarian kesejahteraan warga, pengukuhan perhubungan pertahanan dan peningkatan hubungan TDM dengan awam.

Tambahnya selain mempertahankan kedaulatan dan keselamatan persempadanan, PMTTD turut berperanan penting dalam mendukung kesejahteraan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Beliau berucap bersempena perbarisan Hari PMTTD ke-8 di padang kawad kem Muara Tuang di Kota Samarahan, semalam.


(Perbarisan Hari PMTTD ke-8 di padang kawad kem Muara Tuang di Kota Samarahan)

Media Baharu