JOHOR BAHRU, 2 April- Perkhidmatan bas henti henti antara sempadan Malaysia-Singapura dijangka beroperasi 1 Mei ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata ketika ini, hanya 24 bas digunakan bagi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dan enam bas shuttle untuk merentas sempadan.
Ketika ini, satu perbincangan berhubung jumlah pengoperasian bas henti henti sedang dibuat dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Land Transport Authority (LTA) Singapura.
Keputusan dijangka diumumkan dua minggu lagi.
"Jadi dalam tempoh dua minggu, dia akan beransur pulih kalau tidak sepenuhnya, 50% menjelang hujung bulan ini," kata Wee Ka Siong kepada pemberita RTM.
(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong)
Jelasnya, terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan pengusaha bas antaranya penyelenggaraan dan pemeriksaan di PUSPAKOM.