fb fb fb fb fb

Tiga PPS dibuka di daerah Sik

SIK, 23 Oktober- Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Sik berikutan banjir kilat di dua daerah di Kedah iaitu Sik dan Bandar Baharu.

Masing-masing di daerah Sik iaitu PPS Surau Kampung Belimbing, PPS Sekolah Kebangsaan Chepir dan PPS Pas Tanjung Belit.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Leftenan Pertahanan Awam Haisul Aishah Mohd Napiah menerusi kenyataan memaklumkan setakat pukul 2.00 pagi tadi seramai 48 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di semua PPS yang  dibuka tengah malam tadi.

Haisul Aishah berkata banjir turut melibatkan Kampung  Pinang dan Kampung Surau di Mukim Sok .

Selain itu, Kampung Banggol Kiat,Taman Derdap, Kampung Jerai, Kampung Belimbing, Kampung Seberang Pekan Sik dan Kampung Kemelong turut dinaiki air berikutan hujan sejak lewat petang semalam.

Paras air Sungai Chepir di Pekan Sik masih berada paras bahaya.

Sementara itu, di daerah Bandar Baharu kira-kira tujuh individu daripada dua buah keluarga di Kampung Baru Ladang Selama terjejas akibat banjir kilat.

Ianya berikutan hujan semalam di kawasan hulu yang menyebabkan limpahan air Sungai Terap dan kesemua penduduk terjejas banjir dipindahkan Angkatan Pertahanan Awam Sik.

(Penduduk terjejas banjir di PPS di daerah Sik/Foto APM Sik)

 

Media Baharu