fb fb fb fb fb

Tiga penjuru di DUN Pelangai

(FOTO RTM)

BENTONG, 23 September - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pahang di (DUN) Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Calon BN diwakili Datuk Amizar Abu Adam, manakala Kasim Samat mewakili (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli calon Bebas.

Pengumumkan calon berkenaan dibuat Pegawai Pengurus pilihan raya N36 Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail pukul 10.16 pagi di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Kerusi N36 Pelangai, diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Susulan itu, SPR menetapkan 23 September sebagai hari penamaan calon dan 7 Oktober hari pengundian PRK DUN Pelangai membabitkan 16,456 pemilih berdaftar.

Allahyarham Datuk Seri Johari yang kali pertama bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu menang di Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.

Tarikh kempen PRK N.36 Pelangai ditetapkan pada hari ini sehingga 6 Oktober, manakala hari mengundi pula ditetapkan pada 7 Oktober.

Tarikh mengundi awal pula pada 3 Oktober.


(FOTO RTM)

Media Baharu