fb fb fb fb fb

JPJ Johor sita 24 motorsikal ditunggang warga asing

(FOTO JPJ)

JOHOR BAHRU, 23 September- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 111 notis saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan, menerusi Operasi Khas dijalankan di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru, kelmarin.

Menerusi kenyataan JPJ Johor, 34 buah motosikal turut disita, kerana ditunggang warga asing.

Antara kesalahan dikesan, tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor, tiada insurans, serta kesalahan teknikal kenderaan.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ Johor tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang jalan raya, termasuk warga asing yang memandu dan menunggang.


(FOTO JPJ)

Media Baharu