fb fb fb fb fb

Tiga nelayan dipercayai hilang di perairan Kemaman ditemukan selamat

FOTO MARITIM MALAYSIA KEMAMAN

KEMAMAN, 17 Oktober - Tiga nelayan yang dipercayai hilang di perairan Kemaman sejak 13 Oktober lalu ditemukan selamat.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat tiga nelayan terbabit yang diaktifkan sejak tengah hari semalam ditamatkan pukul 5.00 petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata vesel bersama ketiga-tiga nelayan tersebut ditemui dalam keadaan selamat sekitar pukul 8.30 pagi tadi pada kedudukan 25 batu nautika tenggara Kuala Kemaman. 

Ketiga-tiga mangsa, Mokhtar Yusoff, Mohd Sukri Mokhtar dan Nasir Yusoff ditemui nelayan tempatan yang kebetulan melalui kawasan tersebut. 

Difahamkan, vesel kendalian mereka mengalami kerosakan ketika berada di perairan Kuantan Selasa lalu dan mereka terpaksa bersauh bagi mengelak hanyut dibawa arus sementara menunggu bantuan tiba. 

Kawasan tersebut juga tiada jaringan komunikasi. 

Kesemua mangsa dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman bagi diberi rawatan segera.

Trainee