fb fb fb fb fb

Dadah bernilai RM131.71 juta dilupus Polis Selangor

FOTO RTM

SHAH ALAM, 17 Oktober - Polis Selangor melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM131.71 juta setelah selesai kes mahkamah.

Pelupusan membabitkan 1.99 tan metrik termasuk hampir 268,000 liter dadah seperti ketamin, syabu, heroin, pil ekstasi dan cecair ketum.

Operasi pelupusan dikendalikan sebuah syarikat swasta di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua dadah yang dilupuskan melibatkan 5,894 kertas siasatan bagi tempoh 2009 hingga 2024.

Usaha melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah menyaksikan sebanyak 2,924 individu ditangkap sepanjang tempoh berkenaan.

37 daripadanya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.

Dalam tempoh sama, seramai 775 pengedar dadah diberkas di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

Trainee