fb fb fb fb fb

RUU Perlembagaan Persekutuan tidak jadikan mufti pihak berkuasa perundangan

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Rang undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia tidak pernah menjadikan mufti sebagai pihak berkuasa perundangan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menerusi satu kenyataan menjelaskan, Rang Undang-undang Mufti 2024 bertujuan untuk mengawal selia perkara menyentuh fungsi Mufti dan Jawatankuasa Fatwa dalam menentukan Hukum Syarak dalam isu berkaitan undang-undang umat Islam. 

Ujar beliau, Seksyen 10(6) Rang Undang-undang Mufti memperuntukkan bahawa sehingga fatwa diwartakan, ia tidak akan mengikat umat Islam di Wilayah Persekutuan. 

Di bawah Seksyen 10(2) Rang Undang-undang tersebut, fatwa ialah keputusan kolektif Jawatankuasa Fatwa dan bukan hanya tertakluk kepada pendapat seorang Mufti sahaja. 

Malah, Rang Undang-undang Mufti 2024 tidak akan mengubah kedudukan raja-raja Melayu serta kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak mungkin menggugat kedudukan ketua negara. 

Trainee2