fb fb fb fb fb

Kejadian lubang benam: Jalan Bukit Kecil 6, Taman Sri Nibong ditutup hingga 24 Oktober

FOTO JKR

GEORGE TOWN, 17 Oktober - Jalan Bukit Kecil 6, Taman Sri Nibong dekat Pantai Jerejak ditutup sepenuhnya kepada semua pengguna lalu lintas, susulan kejadian lubang benam sedalam 3 meter.

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan penutupan tersebut bermula semalam hingga 24 Oktober 2024.

Ini bagi memberi laluan kerja pembaikan oleh Indah Water Konsortium (IWK) berikutan kegagalan paip bawah tanah IWK.

Sehubungan itu, laluan alternatif telah disediakan pihak JKR.

Kesemua pengguna jalan raya diminta berhati-hati serta mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan.

Terdahulu, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memaklumkan siasatan awal JKR mendapati terdapat tanah aktif masih terhakis dan limpahan air keluar melalui lubang berkenaan.

Trainee