(Foto Maritim Malaysia)
KUALA KURAU, 16 Julai- Tiga nelayan warga asing ditahan ketika melakukan aktiviti perikanan di atas bot nelayan tempatan di perairan Perak pada kedudukan 16.6 batu nautila barat Pulau Terong, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, ketiga-tiga warga Myanmar berusia 30 hingga 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.15 tengah hari.
Hasil pemeriksaan mendapati dua daripadanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, manakala bot digunakan memiliki lesen tetapi tidak diusahakan oleh pemilik.
Selain itu, tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran menggajikan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Kesemua nelayan ditahan bersama bot dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.
(Foto Maritim Malaysia)