fb fb fb fb fb

KKDW berhasrat naikkan gaji minimum lepasan TVET

(Foto hiasan)

KEPALA BATAS, 16 Julai- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat untuk menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TVET bukan sahaja mengajar subjek konvensional, malah perlu memastikan tenaga kerja yang kompeten seiring dengan revolusi industri 4.0 (IR 4.0).


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

"Perdana Menteri buat dasar baharu, kelulusan keluaran TVET mesti diberikan gaji minimum RM2,000, barulah bermakna kita menghantar anak kita ke kursus TVET.

"Satu dasar baharu oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta 10 lagi kementerian untuk kita rombak. Negara kita akan lebih maju, insya-Allah", katanya.

Tambah beliau, lebih 92.5 peratus lepasan TVET berjaya mendapatkan pekerjaan. Ini sekali gus, menangkis persepsi TVET sebagai peluang pendidikan kedua.

Beliau berkata demikian selepas sesi bual bicara komuniti TVET di Ekspo TVET@KKDW 2023 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kepala Batas.


Media Baharu