fb fb fb fb fb

Tiga negeri di Pantai timur dijangka terima hujan sangat lebat berterusan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Disember - Amaran hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) di seluruh Terengganu dan Kelantan serta beberapa lokasi di Pahang hingga Isnin ini.

Hujan berterusan tahap buruk itu dijangka berlaku di Jerantut dan Kuantan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di Pahang dan diramal berlaku di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin dalam tempoh sama.

"Amaran hujan berterusan tahap waspada pula membabitkan Perlis; Kedah di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling manakala di Perak meliputi kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar mulai esok sehingga Isnin," menurut kenyataan itu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera manakala Johor membabitkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi hingga esok.

TETITIA YUSOFF