IPOH, 6 Oktober- Gangguan siaran radio sedang berlaku di negeri Perak melibatkan kawasan Perak Tengah, Manjung dan Kinta.
RTM dalam kenyataan memaklumkan gangguan tersebut kerana berlakunya kebakaran pada kabel radio di Gunung Kledang yang dikesan pada pukul 1.00 tengah hari tadi.
"Syarikat TM telah pun menutup pemancar di sana. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
"RTM mengambil tindakan segera untuk memperbaiki kerosakan dan memulihkan siaran secepat mungkin.
"Usaha baik pulih sedang dilakukan oleh pasukan teknikal RTM", kata kenyataan itu.
Sebagai alternatif semua siaran radio masih boleh didengar menerusi aplikasi RTMKlik.
Siaran dijangka dapat dipulihkan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu), pukul 2.00 petang esok, sekiranya keadaan cuaca baik.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini.
(Foto hiasan)