(Mesyuarat Kelapan Mengenai Kerjasama SPS yang dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu sempena AMAF Ke-45 di sebuah hotel hari ini/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Negara-negara ASEAN mencapai kata sepakat menerusi mesyuarat kerjasama berhubung isu-isu penting termasuk sekuriti makanan.
Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan ke-45 (AMAF 2023) itu turut merangkumi sektor pertanian dan perhutanan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perbincangan lebih terperinci turut terarah kepada disiplin kementerian.
(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu/BERNAMA)
“Negara anggota ASEAN akan mengutamakan sesama ASEAN terlebih dahulu.
"Misalnya Vietnam, Kemboja dan Thailand juga menyatakan sebarang permintaan baharu penambahan import dan sebagainya, mereka akan mempertimbangkan lain-lain perkara begitu juga", katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat dan pertemuan bersama Kemboja dan China sempena AMAF hari ini.
Antara lain perbincangan selama lima hari sejak 2 Oktober lalu adalah bagi mempertimbangkan cabaran berterusan yang dihadapi rantau ASEAN, termasuk perubahan iklim, pandemik dan ketegangan geopolitik.