fb fb fb fb fb

PR1MA kongsi kepakaran kediaman mampu milik dengan Afrika

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkongsi kepakaran dan amalan terbaik sektor perumahan serta kejayaan membangunkan kediaman mampu milik berkualiti pada sesi lawatan delegasi dari benua Afrika, baru-baru ini.

Kedua-dua pihak juga saling bertukar pendapat dan idea berkaitan fasiliti pembiayaan perumahan, perancangan bandar dan penggunaan teknologi dalam projek perumahan.

Lawatan diadakan sempena Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Kementerian Luar Negeri (KLN) serta “Third Country Training Programme 2023 (TCTP 2023) anjuran Japan International Cooperation Agency (JICA).

Delegasi turut diberi penerangan mengenai penyediaan 53,646 unit kediaman PR1MA di seluruh negara, yang memberi penekanan kepada pembangunan komuniti.

"Lawatan itu merupakan langkah positif dalam memperkukuh hubungan PR1MA bersama rakan-rakan antarabangsa dalam sektor perumahan," menurut kenyataan

Pada masa sama membuka ruang untuk pertukaran pengetahuan dan teknologi inovatif bagi memperkasa sektor perumahan di Malaysia.

Media Baharu