(FOTO PDRM)
SLIM RIVER, 6 Oktober- Dua warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlanggar belakang sebuah lori di Kilometer 365 .8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi tadi.
Mangsa, Lau Hock Hing, 83, dan Pang Ah Kau, 76, masing-masing dari Selangor dan Kuala Lumpur maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda terbabit telah terlanggar belakang lori yang berhenti di hentian kecemasan.
Akibat pelanggaran itu, kenderaan mangsa terbakar di bahagian hadapan dengan kedua-dua mangsa maut akibat tersepit.
Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjut.
(FOTO PDRM)