Majlis menandatangani MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif MIDA dan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, sempena lawatan ke Bandar Masdar dan Mohamed Bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI)/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mampu merancakkan ekonomi kedua-dua negara.
Felo Kanan Akademi Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan berkata dengan perjanjian yang dimeterai untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui yang mampu menjana kuasa hingga 10 gigawatt, akan memantapkan lagi kerjasama antara Malaysia dengan UAE.
"Ini menunjukkan bahawa arah tuju kerjasama antara Malaysia dan UAE memang betul. Untuk dikatakan tenaga, untuk mendapatkan tenaga seperti minyak, fosil ataupun terutama sekali dari segi tenaga yang boleh diperbaharui.
"Jadi, ini yang dikatakan misi utama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjalin kerjasama ekonomi pelaburan di antara Malaysia dan juga Emiriah Arab Bersatu", katanya kepada RTM.
Kerjasama ini melibatkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Syarikat Tenaga Masa Depan Abu Dhabi (MASDAR).
(Felo Kanan Akademi Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan)
Dalam pada itu, Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan lawatan Perdana Menteri sebagai aktiviti pelaburan yang menguntungkan bagi kedua-dua negara.
"Dengan lawatan ini, sepatutnya akan mejalinkan satu kerjasama yang erat dan saya kira mungkin berlaku apa yang dikatakan sebagai perpindahan teknologi dan juga aktiviti pelaburan yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak terutamanya dari segi pembinaan kapasiti, terutama bagi para pemain di dalam sektor tenaga yang boleh diperbaharui", katanya kepada RTM.
Lawatan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada pelabur serta peniaga menceburkan diri dalam bidang ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan kerja dua hari ke UAE memaklumkan Malaysia dan UAE menjalinkan kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) pelaburan antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) dalam usaha meluaskan lagi hubungan sedia.