fb fb fb fb fb

350 motosikal berkuasa tinggi sertai WRC Kedah 2023

 

ALOR SETAR, 6 Oktober- Lebih 350 motosikal berkuasa tinggi akan menyertai program 19th Wingers Camaraderie Ride (WCR) Kedah 2023. Program diadakan selama tiga hari bermula 13 Oktober ini melibatkan penyertaan kira-kira 450 peserta dari dalam dan luar negara.

Antara peserta dari negara luar termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong, China, Vietnam dan Arab Saudi.

Penaung 19th Wingers Camaraderie Ride (WCR) Kedah 2023, Datuk Raja Mudzafar Shah Raja Mokhtar berkata, program bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara pemilik motorsikal berkuasa tinggi jenama Honda Gold Wing serta memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat model motosikal berkuasa tinggi.

Menariknya, pertunjukkan khas daripada penunggang motosikal Honda Gold Wing akan diadakan di Dataran Medan Bandar Alor Setar pada pagi 14 Oktober ini.

“Sebenarnya motosikal Gold wing ini telahpun berada di atas jalan raya sejak tahun 1973, jadi jadi kita nak menghidupkan kembali kenangan, baik kepada penunggang veteran mahupun baharu, kita merancang untuk mengadakannya setiap tahun,"katanya.

Sementara itu, Pengerusi program, Mohamad Sharini Mohamad Sharif pula berkata, aktiviti berkenaan juga bagi memberi sokongan kepada sektor pelancongan dalam negara terutama di Kedah.

“Kita pun sama-sama sokong untuk pelancongan Negeri Keda, ada ramai peserta antarabangsa datang ke Alor Setar dan ianya boleh merancakkan lagi sektor pelancongan negeri ini, sekali gus menjana ekonomi Kedah,"katanya.

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan program berkenaan yang akan menjelajah ke beberapa lokasi menarik di Kedah.

Antaranya Muzium Diraja Kedah, Masjid Zahir, Balai Seni, Balai Nobat, Menara Alor Setar dan Tasik Darul Aman, Jitra.


(Penaung 19th WCR Kedah 2023, Datuk Raja Mudzafar Shah Raja Mokhtar (TENGAH)
bersamaMohamad Sharini Mohamad Sharif  (KIRI))

Media Baharu