fb fb fb fb fb

Tiga laporan culik pelajar sekolah diterima Polis Gombak

KUALA LUMPUR, 29 September- Kes dakwaan cuba culik di dalam daerah gombak, pihak IPD Gombak telah menerima tiga laporan polis berkaitan dakwaan cubaan culik di tiga buah sekolah rendah dalam daerah Gombak.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam kenyataannya, laporan polis telah dibuat oleh dua wanita warga tempatan berumur 32 tahun dan 38 tahun serta seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun.


(Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir)

"Ketiga-tiga report tersebut pengadu telah diberitahu oleh anak pengadu masing-masing yang berumur 7 tahun dan dua orang berumur 9 tahun mendakwa telah cuba diculik oleh lelaki yang tidak dikenali semasa berada diluar sekolah,"

"Hasil siasatan terperinci yang telah dijalankan mendapati ketiga-tiga kejadian berlaku dihadapan sekolah selepas waktu persekolahan tamat di mana keadaan hadapan sekolah pada ketika itu dipenuhi dengan kenderaan bas sekolah serta kenderaan ibu bapa yang mahu mengambil anak masing-masing."katanya.

Pihak polis telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan mengenal pasti saksi-saksi penting melibatkan beberapa individu termasuk pengadu, rakan sekolah mangsa, pengawal keselamatan sekolah, warden lalulintas, guru besar dan Yang Dipertua PIBG sekolah serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) SAR KAFA Integrasi At-Tayyibin.

Menurut Noor Ariffin, kesemua saksi mengesahkan tiada sebarang perlakuan kejadian sebagaimana yang dilaporkan dan kesemua saksi ini turut berada di lokasi pada masa yang didakwa.

Sehubungan itu, pihak IPD Gombak menasihatkan kepada orang ramai serta pengamal media supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sementara itu, pihak IPD Gombak juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan penyebaran berita palsu dan menularkannya kerana ia boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Media Baharu