fb fb fb fb fb

KPM pandang serius isu penculikan

TANJUNG MALIM, 29 September- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandang serius isu dakwaan cubaan menculik membabitkan pelajar sekolah di beberapa negeri.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata pihaknya akan meneliti semua aspek berkaitan perkara tersebut bagi memastikan ianya tidak berulang.


(Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin)

"Di peringkat kita pun, kita mempunyai maklumat yang sangat terhad, jadi siasatan yang dibuat itu oleh pihak polis. Jadi polis yang akan menentukan apakah asas sebenarnya setiap pelaporan yang dibuat itu. Jadi saya rasa itu kunci yang paling penting.

"Jadi apabila polis telah membuat siasatan, kalau ada perkara-perkara yang memerlukan penelitian daripada kita,daripada pihak KPM kita akan sentiasa bekerjasama untuk memastikan segala usaha dapat dilakukan bersama", katanya.

Tambahnya lagi, murid perlu sentiasa diingatkan tentang keselamatan diri dan pihak sekolah juga disaran untuk terus mengambil langkah berhati-hati.

Sebelum ini, cubaan culik melibatkan pelajar telah dilaporkan di beberapa negeri antaranya di Perak, Pahang,Melaka, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Siasatan lanjut yang dijalankan oleh pihak polis mendapati dakwaan tersebut tidak berasas dan palsu.

Beliau berkata demikian selepas Program Explorasi Alam Lestari siri 3 di Pusat Perlindungan Hidupan Liar di Sungkai, Perak.

Media Baharu