fb fb fb fb fb

Tiga lagi ditahan, terlibat kes pergaduhan

JOHOR BAHRU, 30 Mei- Polis Johor Bahru menahan tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan, yang tular dalam media sosial pada Ahad yang lalu.

Kes ini susulan pergaduhan di sebuah sekolah menengah dekat Kempas yang dipercayai berpunca akibat perselisihan antara pelajar sebelum terjadinya pergaduhan antara mereka. 

Insiden berkenaan didakwa semakin parah apabila individu luar dipanggil untuk terlibat dalam kes itu. 

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dengan tangkapan itu, seramai 12 individu ditahan setakat ini melibatkan suspek berusia antara 18 hingga 35 tahun. 

"Pagi tadi kita ada 3 tangkapan yang dibuat oleh pihak polis. Sehingga hari ini 12 individu telah ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan ini.

"Saya berpesan dan saya beri amaran kepada pihak yang berkenaan supaya tidak melakukan tindak balas sepatutnya. Pihak polis tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Johor.

Jelasnya, mangsa yang cedera itu sedang menerima rawatan di Hospital. 

Pihaknya masih lagi mengesan beberapa individu yang dipercayai terlibat atau menjadi saksi pergaduhan berkenaan. 

Dalam rakaman video berdurasi 28 saat yang tular itu, beberapa individu dilihat memukul seorang lelaki yang terbaring di atas jalan raya dan beberapa individu yang dipercayai terlibat atau menjadi saksi pergaduhan berkenaan masih dikesan. 

(Kamarul Zaman Mamat)

Media Baharu