IPOH, 30 Mei- Seorang kanak-kanak perempuan mengalami sesak nafas selepas termakan biskut disyaki mengandungi ganja.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata biskut tersebut dibuat oleh bapanya berusia 38 tahun.
Siasatan awal mendapati kanak-kanak berusia 11 tahun itu termakan biskut yang disyaki dicampur dengan ganja menyebabkan mangsa mengalami simptom sesak nafas, pening kepala dan loya.
Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.
Saringan ke atas suspek yang bekerja sebagai penoreh getah itu positif dadah tetrahydrocannabinol (THC) dan direman bermula hari ini sehingga 3 Jun depan.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
(Mohd Yusri Hassan Basri)