fb fb fb fb fb

Cadangan Akta Khas lindung pelajar latihan industri sedang diperhalusi

KUALA LUMPUR, 30 Mei - Cadangan Akta Khas bagi melindungi pelajar latihan industri sedang diperhalusi Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah seterusnya akan diambil sejurus kertas cadangan itu dibawa ke Kementerian Kewangan.

" Semalam kita bertemu KSM dan KPT untuk memperhalusi cadangan untuk akta khas bagi melindungi pelajar praktikal. Insya-Allah apabila dapat kertas itu ke Kementerian Kewangan (MOF) saya akan mengambil tindakan. 'I’m waiting for the report' daripada KSN," kata Anwar di sini.

(Anwar ditemui media selepas Majlis perasmian
Seminar Fikrah Siddiq Fadzil 'Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia ', di sini)

Dalam perkembangan lain Anwar berkata pemimpin perlu memahami Perlembagaan Persekutuan agar sebarang kenyataan yang dikeluarkan tidak menimbulkan sebarang sandiwara politik.

Katanya, perjanjian lama perlu dihormati memandangkan ia adalah mutakhir dan jelas.

"Walaupun ada perjanjian seratus tahun atau seribu tahun dulu, ia adalah perjanjian muktahir, pertubuhan persekutuan dalam melayu, Malaysia dan itu jelas. Saya nak ucap dari sandiwara politik lain tapi dari segi sebagai seorang Menteri Besar, saya fikir ia wajar dari undangan. Saya apabila komen ini berdasarkan ulasan Peguam Negara yang cukup keras iaitu menghormati perjanjian pelembagaan yang diperkenankan oleh semua Raja- raja Melayu termasuk Sultan Kedah," Anwar mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.

Media Baharu