fb fb fb fb fb

Tiga EWS dipasang di kawasan berisiko bencana di Terengganu

HULU TERENGGANU,16 Disember- Tiga Sistem Amaran Awal (EWS) telah dipasang di Taman Eko Rimba di negeri ini, bagi memberi amaran awal kepada pengunjung untuk segera beredar.

Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Terengganu, Mohd Syahril Azrin Salleh berkata EWS itu dipasang di kawasan berisiko dilanda fenomena seperti tanah runtuh dan kepala air.


(Foto BERNAMA)

"Ia melibatkan Taman Eko Rimba Sekayu di Kuala Berang, Lata Tembakah dan Lata Belatan di Besut kerana lokasi ini antara menjadi tumpuan pengunjung. Manakala empat lagi Taman Eko Rimba di negeri ini akan dipasang EWS secara berperingkat menggantikan sistem siren sedia ada yang berfungsi secara manual," katanya kepada pemberita ketika meninjau Taman Eko Rimba Sekayu di Kuala Berang, di sini.

Media Baharu