fb fb fb fb fb

Banjir di Pahang, 36 keluarga masih ditempatkan di PPS

KUANTAN, 16 Disember- Situasi banjir di Pahang setakat pukul 2 petang, seramai 142 orang daripada 36 keluarga masih ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka.

Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang, Pekan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan hujan beserta ribut petir akan berlaku pada petang ini di satu dua tempat bagi daerah Bentong, Bera, Maran, Pekan, Raub, Rompin dan Temerloh.

Manakala, keadaan sama turut diramalkan berlaku pada sebelah petang hingga malam ini, di beberapa kawasan dalam daerah Jerantut, Kuantan, Lipis dan Cameron Highlands.

Media Baharu