fb fb fb fb fb

Tiga buah rumah hangus dijilat api di Labuan  

LABUAN, 29 November - Tiga buah rumah jenis tidak kekal di Taman Su Jin, Kampung Sungai Bangat, di sini, hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran, petang semalam.
 
Kebakaran turut melibatkan sebuah stor kosong, dan juga sebuah kenderaan serta sebuah motosikal.
 
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Labuan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.51 petang.
 
Seramai 36 pegawai dan anggota dari BBP Labuan Sentral dibantu BBP Layangan bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.
 
Dalam kejadian itu, dua buah rumah hangus seratus peratus, manakala sebuah rumah lagi terbakar 20 peratus.

(Kebakaran turut melibatkan sebuah stor kosong, dan juga sebuah kenderaan serta sebuah
motosikal)

Manakala stor kosong, kenderaan dan motosikal, juga terbakar seratus peratus.
 
Seramai 15 orang mangsa terlibat daripada ketiga-tiga buah rumah tersebut, termasuk dua orang kanak-kanak.
 
Operasi memadam kebakaran bermula pukul 7.06 petang dan api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 7.33 petang.
 
Operasi tersebut turut melibatkan pihak polis, Sabah Electricity Sdn. Bhd. dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan.
 
Bagaimana pun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.  

Media Baharu