KUALA LUMPUR, 4 Januari - Tiga fenomena air pasang besar dijangka berlaku di Malaysia mulai bulan ini hingga awal Februari.
Ia bermula pada 2 hingga 5 Januari, diikuti 18 hingga 21 Januari dan 31 Januari hingga 3 Februari.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) - INSENIOR Azmi Ibrahim berkata, paras air laut yang tinggi menjadi faktor berlakunya banjir air pasang besar.
"Ia akan menenggelami kawasan rendah sekiranya tidak diberi perlindungan, antaranya membangunkan penghadang di sepanjang pantai bagi mengelak air pasang besar yang akan menyebabkan banjir di kawasan persisiran pantai.
Keadaan berisiko menjadi lebih buruk sekiranya air sungai tinggi disebabkan hujan lebat.
Ia menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir ke laut dan bertembung dengan air laut yang tinggi, hingga berlaku pertembungan yang boleh menyebabkan banjir," katanya dalam program wawancara Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.
Tambah beliau, antara perlindungan yang biasa dilakukan adalah membangunkan penghadang di sepanjang pantai bagi mengelak air pasang besar yang akan menyebabkan banjir di kawasan persisiran pantai.
"Suasana akan menjadi lebih buruk sekiranya pada masa sama air sungai itu tinggi disebabkan hujan lebat, jadi air sungai tidak dapat mengalir ke laut dan bertembung dengan air laut yang tinggi, menyebabkan berlakunya pertembungan yang boleh menyebabkan banjir," katanya. - BERNAMA