fb fb fb fb fb

Tidak wajar heret penjawat awam ke kancah politik

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan membidas kenyataan jurucakap sebuah parti dalam Perikatan Nasional, Mok Kok On mendakwa penjawat awam menjadi beban kepada negara.

Kok On itu menggesa Kerajaan Perpaduan supaya mengurangkan pengambilan penjawat awam yang menurutnya dilihat hanya sekadar menambah hutang sedia ada.

"Kenyataan seperti itu pada saya hanya bermotifkan politik, menggunakan isu ini untuk menyerang kerajaan Madani yang ada sekarang. Sebab tu saya kata, tidak wajarlah kita heret penjawat awam ke dalam kancah politik," kata Syahredzan kepada RTM di sini.

Beliau dalam pada itu turut menggesa jurucakap Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang itu mengemukakan permohonan maaf kepada seluruh penjawat awam.

Terdahulu, Mok Kok On menerusi posting di laman sosial Facebook Gerakan Penang, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal selepas membuat keputusan untuk menambah bilangan kakitangan penjawat awam.

(Syahredzan berkata tidak wajar heret penjawat awam ke kancah politik)

Media Baharu