fb fb fb fb fb

Dadah bernilai RM47.2 juta dirampas

MIRI, 20 Jun - Pasukan polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM47.2 juta dalam beberapa serbuan di pusat hiburan dan stor penyimpanan dadah, di sini.

Serbuan dilakukan oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Sarawak, Ahad lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, jumlah itu merupakan rampasan dadah terbesar di Sarawak setakat ini, hasil lima serbuan di sekitar Miri antara pukul 1.30 pagi hingga 4.00 petang pada Ahad lalu.

"Dalam operasi ini pihak polis telah berjaya merampas sejumlah 768.5 kilogram pelbagai dadah yang dianggarkan bernilai RM47.2 juta. Pecahan dadah yang dirampas adalah MDMA Methylenedioxymethamine 81.8 kilogram, ketamine 686.7 kilogram dan pil eramin 5 1.15 gram, "kata Kamarudin dalam sidang media di Ruai Kenyalang Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Pada serbuan itu, pihak polis turut menahan dan memeriksa 117 pengunjung terdiri dari 58 lelaki dan 59 perempuan. Daripada jumlah itu, 57 orang didapati positif dadah.

Tambah beliau daripada lima serbuan itu, satu serbuan di pusat hiburan, tiga di stor penyimpanan dadah dan satu lagi serbuan di kawasan bebas.

(Polis turut menyita pelbagai asset sindiket termasuk sebuah kereta, wang tunai dan barang kemas)

 Kamarudin juga memaklumkan modus operandi sindiket yang dipercayai mula aktif sejak Februari tahun ini telah membawa masuk bekalan dadah dari Brazil dan Taiwan.

Merekan menjadikan premis kediaman sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.


Media Baharu