fb fb fb fb fb

Kemasukan pelajar pelarian Rohingya ke IPT tidak gugat kedaulatan negara

PUTRAJAYA, 20 Jun - Tidak timbul isu kedaulatan negara terancam sekiranya pelarian Rohingya diterima melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mengulas kegusaran segelintir pihak berhubung langkah membenarkan pelarian Rohingya menyambung pengajian di IPT tempatan akan mengancam kedaulatan negara, beliau berkata pendidikan ialah hak setiap manusia dan Malaysia tidak boleh bersikap pentingkan diri dalam soal itu.

Jelas beliau, Malaysia sentiasa terbuka dalam memberi kemudahan pendidikan kepada pelarian itu.

"Dalam konteks ini Qatar menyediakan sumbangan untuk pelarian Rohingya. Kita juga ada beritahu Qatar dan badan-badan lain untuk bantu juga pelarian lain seperti Palestin, Bosnia atau Syria. Satu ketika Qurdis. Kita tahu masa depan dia bergantung sama ada dia boleh dapat ilmu atau tidak," kata Khaled, di sini.

(Khaled ketika bercakap dalam sidang media selepas
merasmikan program Semarak Siswa MADANI, di sini)

Semalam, media melaporkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sedia menawarkan tempat di universiti mereka untuk pelarian Rohingya yang pendidikannya akan dibiayai menggunakan derma US$50 juta daripada Dana Qatar Untuk Pembangunan (QDF).

Tambahnya, pelarian Rohingya yang melanjutkan pengajian di IPT tempatan akan dibiayai menggunakan Dana Qatar Untuk Pembangunan (QDF).

“Dalam konteks ini (pendidikan), Qatar menyediakan sumbangan untuk pelarian Rohingya dan kita juga ada beritahu Qatar dan badan-badan lain untuk bantu juga banyak pelarian lain seperti Palestin, Syria dan Bosnia,” katanya.

Pada 2017, Qatar menyatakan ikrar memberikan penajaan dana untuk menyokong Malaysia dalam melaksanakan projek kemanusiaan membantu pelarian Rohingya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan tidak boleh memaksa syarikat-syarikat untuk memberikan layanan atau faedah yang sama rata antara pekerja dengan pelatih industri.

“Semua sedar mereka (pelajar) bukan pekerja tetapi hanya intern (pelatih), maka sudah tentu tidak wajar untuk mereka mendapat gaji atau layanan yang sama (dengan pekerja),” katanya.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan insentif RM2,000 seorang kepada 31 pelajar IPT yang menyumbangkan pingat emas dalam temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja Mei lepas.

Media Baharu