fb fb fb fb fb

Tidak perlu ganti buku teks hilang atau rosak akibat banjir



PUTRAJAYA, 7 Januari
- Murid-murid sekolah yang kehilangan atau kerosakkan buku teks akibat banjir tidak perlu membayar ganti rugi atau menggantikannya dengan buku baharu.

Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai bekalan buku mencukupi untuk menggantikan buku berkenaan supaya murid boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu hadapan.

"Sehingga ke hari ini, sebanyak 263,662 naskhah buku teks yang rosak akibat banjir melibatkan 14,442 orang murid di seluruh negara.

Berdasarkan rekod ini KPM mempunyai stok yang mencukupi untuk menggantikan buku yang rosak bagi membolehkan murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu hadapan," katanya dalam perkongsian video di Facebook rasmi beliau hari ini. 

Tambah Radzi, guru-guru akan merekodkan jumlah buku teks yang rosak akibat banjir untuk memastikan usaha menggantikan buku tersebut dapat dilaksanakan segera.

Media Baharu