fb fb fb fb fb

JAKIM teliti bentuk tindakan terhadap "Raja Bomoh" tolak banjir

 

FOTO MEDIA SOSIAL

JELI, 7 Januari - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneliti bentuk tindakan selanjutnya yang akan dikenakan terhadap "raja bomoh dan seorang wanita yang di dakwa melakukan ritual menolak musibah banjir, selepas siasatan selesai di lakukan pihak berwajib.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan pasangan terbabit nyata bercanggah dengan ajaran agama Islam selain terdapat unsur khurafat serta tahyul.

"Tindakan individu itu memang sentiasa mencari publisiti sebegitu walaupun tidak mendapat sangat namun tindakan itu jelas membawa unsur yang bercanggah dengan ajaran agama kita sendiri iaitu ada unsur - unsur khurafat dan tahyul. Insha-Allah nanti akan diteliti bentik tindakan yang akan di ambil pihak Jakim," katanya.

Beliau mengulas satu rakaman video berdurasi lebih 25 minit memaparkan ritual menolak musibah banjir yang dilakukan raja bomoh dan seorang wanita.

Kejadian itu dipercayai dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan, Perak.

Lelaki itu mendakwa upacara berkenaan adalah petua zaman dahulu dan meminta semua tempat tidak banjir bukan saja di Teluk Intan tetapi seluruh dunia.

Mengenai keputusan penangguhan Ibadah Umrah beliau menasihati jemaah umrah supaya bersabar.

"Pendekatan diambil kerajaan adalah langkah pencegahan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 terutama melibatkan varian Omicron yang pulang dari luar negara khususnya Arab Saudi sangat tinggi, katanya.

Terdahulu, Ahmad Marzuk meluangkan masa menyampaikan Sumbangan Bantuan Musaadah Banjir kepada 200 penduduk membabitkan peruntukkan lebih RM100,000 ribu di Kuala Balah, di sini.

Media Baharu