fb fb fb fb fb

Tidak keluar rumah 10 hari, warga emas ditemukan meninggal dunia

FOTO IPD KUCHING

KUCHING, 30 Julai – Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan telah mereput di ruang tamu rumahnya di Taman Seng Goon, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Penguasa Polis (Supt) Merbin Lisa, berkata penemuan itu susulan aduan jiran yang tidak melihat mangsa keluar rumah lebih 10 hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan dipercayai meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersendirian dan tiada unsur jenayah dikesan.

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Polis meminta individu yang mengenali mangsa menghubungi Inspektor Awang Ramzi Awang Junaidi di talian 019-8444123 atau Balai Polis Sungai Maong di 082-420469.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE