KUALA LUMPPUR, 19 April- Penunggang dan pembonceng motosikal masih menyumbang kepada statistik kemalangan paling tinggi di Malaysia.
Terutama melibatkan kes kematian.
Sehubungan itu, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintenden Khairul Azhar Ismail menegaskan pengguna motosikal tidak digalakkan untuk berkonvoi, terutama pada musim perayaan.
"Kita tidak menggalakkan penunggang motosikal ini bergerak secara berkonvoi, kerana peraturan berkonvoi dia ada tatacara perlu diiikuti seperti jarak, kelajuan, tempat berhenti.
"Sebab itu saya kata di peringkat awal diri kita sendiri sebagai pengguna jalan raya telah rancang pergerakan kita,"katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam rancangan terbitan RTM di Angkasapuri Kota Media.
(Superintenden Khairul Azhar Ismail)