fb fb fb fb fb

OPS HRA: JPJ Selangor fokus 23 kawasan kerap kemalangan

SHAH ALAM, 19 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan memfokuskan penguatkuasaan di 23 kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2023 (OPS HRA) yang bermula semalam.

Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, antara lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan ialah Lebuhraya Persekutuan, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Jalan Meru, Lebuhraya ELITE dan di kilometer sembilan hingga 16 di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Tambahnya, operasi penguatkuasaan yang bermula semalam hingga 27 April melibatkan 325 anggota JPJ.

(Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat)

Jelas beliau, Ops kali ini juga pihaknya akan memberi tumpuan kepada penunggang motosikal, antaranya yang berkaitan dengan lesen memandu, nombor pendaftaran kenderaan dan kesalahan teknikal.

Media Baharu