ALOR SETAR, 19 April- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kedah masih merekodkan bacaan sederhana iaitu 70 berbanding dua hari lepas.
Bacaan IPU di beberapa stesen di negeri itu menunjukkan Langkawi mencatatkan paras tertinggi 94, Alor Setar 93, Sungai Petani 89 dan Kulim 82.
Manakala jarak ketampakan hari ini melebihi 10 kilometer berbanding dua hari lalu kurang 10 kilometer.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab menerusi kenyataan berkata IPU di kebanyakan stesen berstatus sederhana hari ini berikutan faktor hujan semalam dan punca-punca jerebu adalah dari luar.
(Foto fail)
Katanya, tiada sebarang aktiviti pembakaran jerami dilaporkan sejak Isnin lalu.
Bagaimanapun, terdapat dua aduan pembakaran terbuka di daerah Kulim yang berskala kecil.