fb fb fb fb fb

Tiara Hotel dan Labuan Shipyard Engineering rai anak yatim

(Setiap kanak-kanak yatim yang menyertai program tersebut menerima beg cenderamata dan duit raya)

LABUAN, 3 April- Seramai 25 anak yatim di Labuan dirai dengan berbuka puasa di hotel, semalam.
 
Mereka dirai menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tiara Hotel, melibatkan kerjasama Labuan Shipyard Engineering (LSE) SDN BHD.
 
Pengurus Tiara Hotel Eugene Chin berkata, dalam merai Ramadan serta Aidilfitri, golongan kurang bernasib seharusnya tidak dilupakan.
 
"Kita akan teruskan program ini, untuk memberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim ini selain menjadikan mereka lebih bersemangat di bulan Ramadan dan menceriakan Hari Raya mereka,"katanya.
 
Memasuki tahun kesepuluh penganjurannya, Eugene berharap program sedemikian memberi impak positif dan sedikit sebanyak dapat membahagiakan kanak-kanak yang dirai.
 
"Labuan Shipyard Engineering turut bergembira dapat berkerjasama dengan Tiara Labuan Hotel dalam aktiviti CSR ini dan kami berharap akan dapat meneruskan lagi aktiviti bersama ni di masa akan datang,"kata Zyee Faiezah Dullie, Pengurus Komunikasi Korporat LSE Sdn Bhd.
 
Setiap kanak-kanak yatim yang menyertai program tersebut menerima beg cenderamata dan duit raya yang disampaikan oleh Pengurus Hotel Eugene Chin dan wakil Ahli Parlimen Labuan  Hamir Zahari.
 
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Ansharey Matarsad.


(Pengurus Tiara Hotel, Eugene Chin)


(Pengurus Komunikasi Korporat lse Sdn Bhd, Faiezah Dullie)

Media Baharu