PUTRAJAYA, 3 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian dan jabatan kerajaan menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan.
Beliau juga turut meminta pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menyelaraskan penceramah-penceramah bagi pengisian majlis berkenaan.
"Sebab itu kalau boleh diadakan majlis-majlis yang saya usulkan maklum kepada Tan Sri KSN supaya semua jabatan, kementerian agensi ada majlis singkat waktu Zohor dari pukul 1.00 tengah hari sehingga Zohor itu dengan tazkirah yang menumpu kepada satu-dua ayat al-Quran dan menelaah supaya dapat menghadam," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama para hadirin pada Majlis
Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di
Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini / FOTO BERNAMA
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Bulan Perdana Menteri bersama Jabatan Perdana di Putrajaya.