(Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir)
KUALA LUMPUR, 3 April- Jumlah lambakan rumah tidak terjual atau 'overhang' di seluruh negara mencatatkan penurunan tahun lalu.
Ia menurun kepada 27,746 unit rumah berbanding 36,863 unit yang direkodkan pada tahun 2021.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, secara keseluruhan terdapat penurunan jumlah harta tanah bagi tempoh 2018 hingga 2020 sebelum ia meningkat semula pada 2021.
"Prestasi pasaran harta tanah merekodkan peningkatan kecil pada 2021 tetapi masih belum melepasi paras pra pandemik yang dicatatkan sebelum 2020.
"Tiga negeri utama yang mempunyai harta tanah tidak terjual yang tinggi secara purata bagi tempoh lima tahun adalah Johor, Pulau Pinang dan Perak,"katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Lim Pay Hen yang bertanyakan tentang statsitik jumlah rumah 'overhang' mengikut pecahan negeri.
(FOTO HIASAN)