fb fb fb fb fb

RTM Kelantan beri sumbangan sempena Ramadan

(Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan, Wan Azhan Wan Hamat menyampaikan sumbangan kepada asnaf)

KOTA BHARU, 3 April- Ramadan disambut ceria oleh 77 orang termasuk golongan asnaf dan anak yatim, ibu tunggal dan kakitangan RTM Kelantan apabila menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini.
 
Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan, Wan Azhan Wan Hamat berkata, sumbangan oleh RTM Kelantan itu merupakan simbolik sempena sambutan ulang tahun RTM ke-77 yang disambut kelmarin selain berkongsi kegembiraan dalam bulan mulia ini.
 
Katanya, simbolik angka tersebut dicapai menerusi rangkuman siri Jelajah Ramadan RTM Kelantan dan juga Majlis Iftar Perdana RTM Kelantan.
 
“Ini signifikan kerana kita bukan hanya mengejar angka tetapi secara kebetulannya apa yang penting kita dapat raikan 77 tahun ulang tahun RTM dengan 77 orang yang dapat kita bantu sedikit sebanyak kita bantu dan ada lagi program yang akan berlangsung minggu depan di Gua Musang juga akan signifikan dengan number sama,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar Perdana RTM Kelantan di Dewan Terbuka KELANTANfm, Kota Bharu.

Mengulas lanjut katanya, sumbangan diberikan adalah berbentuk wang tunai dan juga barang dapur bagi meringankan beban golongan sasar tersebut.
 
Pada majlis sama, RTM Kelantan turut berkesempatan meraikan pegawai yang akan berpindah berikutan kenaikan pangkat iaitu jurutera, Muhammad Aiman Yusoff.
 



(Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan, Wan Azhan Wan Hamat)

Media Baharu