KUALA LUMPUR, 3 April- Kementerian Kesihatan sedang membuat pertimbangan bagi mengurangkan kadar bayaran untuk perkhidmatan imunisasi kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran.
Antara cadangan yang dinyatakan menterinya, Dr Zaliha Mustafa ialah kadar bayaran tersebut sama seperti yang dikenakan kepada kanak-kanak warganegara Malaysia.
"KKM sebenarnya kini dalam proses pertimbangan untuk pemberian perkhidmatan imunisasi kepada kanak-kanak bukan warganegara Malaysia yang tiada Sijil Kelahiran Malaysia pada kadar yang sama seperti yang diberikan kepada kanak-kanak warga Malaysia.
"Bagaimanapun kelulusan kuasa diberikan kepada KSU kementerian untuk menangguhkan (remit) sebahagian atau keseluruhan daripada mana-mana perubatan selaras dengan Seksyen 15, Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014," katanya.
(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa)
Jelas beliau setakat ini kadar yang dikenakan kepada kanak-kanak bukan warganegara ialah sebanyak RM80 bagi pendaftaran dan suntikan vaksinansi.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Zurainah Musa.