fb fb fb fb fb

Bayaran tambahan PIBG tidak dibenarkan - KPM

KUALA LUMPUR, 3 April- Semua sekolah diingatkan tidak mengenakan sebarang bentuk bayaran tambahan dalam sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pematuhan kepada garis panduan yang telah disediakan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan peraturan itu terkandung melalui Surat Pemakluman Sumbangan Persatuan Ibu Bapa-Guru pada 15 September 2021.

"KPM yakin dengan peranan yang dimainkan oleh PIBG dalam memastikan kemajuan serta pembangunan murid dan sekolah serta guru.

"Ibu bapa atau penjaga murid adalah digalakkan untuk memberi sokongan kepada PIBG dalam apa-apa juga aktiviti yang dirancang termasuk dalam usaha mendapatkan dana untuk membantu sekolah dalam aspek pengurusan program sekolah," katanya.

(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)

Dalam masa sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memantau dan memastikan sekolah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan supaya tidak membebankan ibu bapa.

Beliau menjawab soalan yang dikemukan Senator Datuk Dr Dominac Lau di Dewan Negara.

Media Baharu