fb fb fb fb fb

Tiada subsidi elektrik, bantuan kewangan haji bagi T20

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Pangkalan Data Utama (PADU) sedia menyelaras penilaian agihan subsidi elektrik dan haji kepada golongan yang layak.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim., golongan T20, tidak layak untuk menerima subsidi berkenaan.

"Pemberian subsidi bersasar juga menjadi isu, kita tidak naikkan kadar elektrik melainkan untuk T20.

"Ini sama seperti bantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah, tapi bagi T20 tidak ada lagi tambahan ataupun subsidi. Pengecualian subsidi itu adalah bagi melaksanakan pemberian subsidi yang lebih bersasar," kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam sidang Dewan Rakyat.

Ahli parlimen Larut) itu ingin tahu dasar-dasar baharu dan drastik yang dilaksanakan bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

(Datuk Seri Anwar menjawab soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan sempena Persidangan
Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen/BERNAMA)

Media Baharu